Genab 100 Hari Pemergian Tok Nan, Beliau Akan Terus Dirindui



Hari ini genab 100 hari pemergian Tok Nan, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem.Setiap kali menyebut nama beliau hati akan terus sebak kerana masih terbayang jenaka dan gurau senda beliau yang sinonim dengan laungan Ooohhhaaaaa dan Uuuuuuuuu. Ini bermakna tempoh 'edah' isteri beliau Datuk Amar Jamilah Haji Anu juga berakhir dan beliau akan meneruskan usaha dan aspirasi Tok Nan yang diwakili beliau di kawasan N3 Tanjong Datu.

Datuk Amar Jamilah Haji Anu yang telah dicalonkan sebagai ADUN yang baharu dan telah memenang PRK Tanjong Datu pada18 Februari 2017 dengan kemenangan besar di bawah payung BN-PBB mendapat 6,573 undi dengan majoriti 6,443 dan mengalahkan dua orang lawannya daripada parti PBDS Baru dan STAR yang  hanya mendapat undi yang digabungkan berjumlah 238 undi sambil terdapat 80 undi rosak.



Apa yang pasti secara umumnya rakyat dan warga Tanjong Datu akan terus merindui YB kesayangan mereka Allahyarham Tok Nan. Bagaimana mungkin juga sebab Allahyarham yang terkenal dengan panggilan 'Apai Besar Sarawak' memang umpama seorang bapa untuk penduduk Tanjong Datu sejak tahun 2006 lagi.

Beliau jelas disayangi dan dihormati oleh pengundinya. Pada pilihan raya negeri Mei 7, Adenan telah diberikan 92 peratus sokongan pengundi beliau yang membolehkan beliau meraih 6360 undi daripada 6936 pengundi yang berdaftar. 


Seorang ahli perniagaan Cina tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Richard berkata kematian Adenan merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat dan pengundi di Tanjung Datu. 

"Dia begitu berbeza. Beliau begitu lantang, sangat terang dan langsung. Beliau berdampingan dengan semua orang, tidak kira kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak berpendidikan. Dia boleh duduk bersama-sama dengan sesiapa sahaja. Dia begitu mesra , kalau jumpa kita di Pekan Lundu walaupun kita berbau masam baru balik dari kebun atau mana saja dia akan memeluk kita tanpa rasa geli," katanya. 

Richard berkata sebelum pemergian beliau, tak kira masa Allahyarham akan datang ke Lundu dengan isterinya Patinggi Datin Datuk Amar Jamilah Anu atau bersama rombongan Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Datin Sri Feona Sim Junaidi. 

"Mereka akan pergi sekitar pasar untuk berjumpa dengan orang. Empat daripada mereka sentiasa dilihat bersama-sama ke Lundu sebab itu  orang Lundu  benar-benar menyayanginya. Pada hari beliau meninggal, apabila berita itu disahkan, kawan-kawan Cina saya menitiskan air mata. Malah sekarang apabila bercakap antara satu sama lain mereka masih berasa sedih untuk pemergian beliau. 
  
Perasaan ini juga dikongsi oleh Mary yang berasal dari Serayan Lundu.

"Saya seorang Selako Bidayuh tetapi saya tidak boleh berhenti menangis setiap kali saya mengingati  beliau. Saya hanya berfikir bahawa dia adalah seperti seorang bapa kepada kita semua dan kita masih tidak dapat untuk sentiasa teringat tentangnya. Beliau seorang yang penyayang dan seorang pemimpin yang hebat "kata Mary, yang enggan memberikan nama penuhnya.

Apapun dengan kehadiran Datuk Amar Jamilah Haji Anu di harap dapat mengubat kesedihan Warga Tanjong Datu biarpun kalibatnya kali ini akan bersendiri meneruskan perjuangan Tok Nan atau mungkin akan di bantu oleh anak-anaknya.Tidak dapat dinafikan beliau adalah kawan, teman, sahabat dan isteri kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem. Dilahirkan pada 14 Ogos 1955, beliau adalah individu yang cukup memahami sosio ekonomi dan kemahuan penduduk setempat memandangkan beliau kerap berada disisi Allahyarham.



Beumur 62 tahun, beliau yang berasal dari Bau, tidak jauh dari Tanjung Datu ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Stephen, Bau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kerajaan Bau. Beliau juga mempunyai kelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan di Universiti Teknologi Mara cawangan Sabah.

Dari segi kerjaya, beliau merupakan Pengarah Yayasan Jaznan serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau adalah Penaung Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Penaung Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akal (Perkata) Penaung Persatuan Pengasuh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sarawak Pengerusi Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Isteri Sarawak (SABATI).

Melihat kepada latar belakang Puan Sri Jamilah ini, PBB dan Barisan Nasional negeri Sarawak telah meletakkan calon yang cukup rapat dengan Allahyarham dalam meneruskan legasi petadbiran N03 ini pada tangan yang betul.

Walau apapun, sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Puan Sri Jamilah Anu atas kepercayaan yang diberikan oleh Barisan Nasional negeri Sarawak dan semoga beliau akan terus tabah meneruskan perjuangan Tok Nan untuk menjadikan DUN N3 Tanjong Datu akan terus berkembang dari segi infrstruktur, ekonomi dan sosial.



 
 




Facebook Comment