DAP Dan PKR Minta Bantuan Amerika Memberi Tekanan Kepada Makaysia - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, April 16, 2017

DAP Dan PKR Minta Bantuan Amerika Memberi Tekanan Kepada Makaysia

Dua perkara mengenai kunjungan Otai Reformasi ke Kedutaan Amerika Syarikat minggu lalu.

1) DAP dan PKR tidak mempunyai masalah dengan meminta negara-negara asing untuk campurtangan dan memberikan tekanan kepada Malaysia.

2) Setiap kali Anwar disumbatkan ke penjara, dia akan memerlukan pembedahan. Dan pembedahan ini tidak boleh dilakukan dalam negara. Ia akan dibebaskan untuk ke luar negara bagi melakukan pembedahan.

Tetapi apabila dia tidak berada dalam penjara, dia tidak perlu menjalani pembedahan dan boleh joget di seluruh negara tanpa mengadu kesakitan ..

Kita tunggu lah pula dakwaan bahawa Kerajaan telah meracun dia dengan racun arsenik sekali lagi?

Atau kali ini mungkin mereka akan mendakwa Kerajaan akan menggunakan racun VX?

Sudah-sudahlah lah menipu rakyat dengan menggunakan negara asing.



*******
Rujukan:

Otai Reformis gesa tekanan Amerika bagi bebaskan Anwar

Kumpulan beberapa NGO, Otai Reformasi, hari ini mendesak kerajaan Amerika Syarikat supaya terus memberi tekanan agar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara dan juga membantunya mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.

Mereka diiringi oleh anak perempuan Anwar, Nurul Nuha dan menyerahkan memorandum berkenaan kepada kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurut seorang anggota NGO itu, Ronnie Liu, mereka berjumpa dengan kaunselor politik Amerika Syarikat, Tressa Finerty dan telah mengadakan perbincangan secara ‘berterus terang’.

"Kami menggesa Amerika Syarikat untuk terus menganggap Anwar sebagai tahanan politik, dan juga berharap mereka boleh membantu menghantar Anwar ke luar negara untuk pembedahan," katanya.

Menurut Liu, pihak berkuasa kedutaan itu berkata Washington akan terus memperjuangkan kes Anwar dan terus melihat beliau sebagai tahanan politik.

Nurul Nuha kemudian menjelaskan bahawa ayahnya memerlukan pembedahan di bahu, yang tidak sesuai dijalankan di Malaysia, disebabkan oleh "dakwaan bermotifkan politik terhadapnya".

Menurutnya, keluarga berkenaan dibenarkan untuk melawat Anwar sekali setiap tiga minggu di Penjara Sungai Buloh, di mana bekas timbalan perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat kedua pada 2015.






No comments:

Post a Comment