100 Hari Menjadi Ketua Menteri Sarawak, RM400 Juta Untuk Bintulu



Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing semalam membidas ADUN DAP Padungan Wong King Wei dan ADUN Violet Yong untuk komen mereka yang tidak berasas mengenai 100 hari Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menjadi Ketua Menteri Sarawak. 

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata komen mereka adalah tidak berasas sambil menambah mereka perlu menyemak fakta-fakta sebelum membuat tuduhan terhadap Ketua Menteri. 

Katanya ketika Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri, banyak pencapaian yang telah dicapai termasuk pembangunan pendidikan Cina, pemansuhan tol, pembalakan haram, sekatan tanah untuk perladangan kelapa sawit, menurunkan tambang feri dan lain-lain. 

Beliau berkata selepas Abang Johari mengambil alih pucuk pimpinan, sumbangan kepada pembangunan Sarawak dan perkhidmatan kepada rakyat diteruskan.
"Saya telah lama berada dalam politik. Saya telah melihat kerajaan negeri di bawah pimpinan Adenan dan Abang Johari bekerja untuk rakyat samada untuk pelan jangka pendek dan panjang. Sepatutnya pembangkang sudah dapat menganalisis dan melihat semua itu. "

Beliau berkata Abang Johari telah meneruskan dasar-dasar Adenan untuk memberi manfaat kepada negeri dan rakyat lebih dalam jangka waktu 100 hari beliau menjadi Ketua Menteri. 


Beliau membidas pembangkang yang melabelkan kerja keras pemimpin di negeri ini sebagai "memberikan gula-gula". 

Beliau juga tidak bersetuju jika kerajaan hanya dikatakan lebih kepada acara dan tidak bekerja untuk rakyat.Bagaimana rakyat akan mendapat manfaat jika kerajaan tidak mempunyai pendapatan jika ekonomi tidak dikembangkan. 

Sebagai contoh beliau berkata, Abang Johari telah memulakan projek metanol dan derivatif metanol untuk mengubah ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat. 

Kerajaan juga sedang mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan negeri, katanya.
  
Beliau menyeru pembangkang supaya tidak menentang semata-mata. Pengambilalihan Bakun Dam daripada kerajaan persekutuan juga akan meraih manfaat untuk negeri dan rakyat, terutamanya ahli perniagaan di Bintulu. 

Dengan pembinaan perbandaran Jepak ,jabatan-jabatan kerajaan akan bergerak ke bandar baru Bintulu dan ini akan mengubah Bintulu menjadi bandar yang lebih besar dan maju. 

Di samping itu pembinaan jambatan yang menelan belanja RM250 juta juga akan mengurangkan jarak antara Bintulu dan Jepak hanya dalam jarak 10 minit pemanduan dari 45 minit pada masa ini. 

"Adakah dasar-dasar ini tidak memberikan manfaat kepada rakyat?" 

Tiong turut menyentuh mengenai pembinaan jambatan Sebauh River bernilai RM150 juta yang akan memberi manfaat kepada penduduk bandar dan penduduk kampung di tebing yang bertentangan. 

"Dalam masa 100 hari menjadi Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari telah membawa pembangunan RM400 juta kepada Bintulu. Adakah ini yang pembangkang dakwa sebagai tiada sebarang perubahan di Sarawak? "

Facebook Comment