Video : Pendedahan Rafizi Mengenai Kekayaan Anak-Anak Mahathir




Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam ceramah telah membuat pendedahan tentang kekayaan keluarga Mahathir, terutama anak-anaknya dan menggelarkan mereka sebagai  'Tauke Arak'.

"Anak dia dalam senarai yang terkaya dalam Malaysia. Mirzan cukup kaya, kapal dia punya..lori dia punya. Rumah-rumah banglo..rumah agam di Kanada semua dia punya. Mokhzani pun tauke cukup kaya, semua kapal dan semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaru kayanya anak-anak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina."

Menerusi video berdurasi hampir 1 minit 15 saat itu, Rafizi mendakwa bahawa kedua-dua anak Dr. Mahathir iaitu Mirzan dan Mokhzani sebagai orang terkaya di Malaysia hingga mampu membeli rumah agam di Kanada. Malah, beliau turut mendakwa Mokhzani telah membeli kilang arak di Filipina.

“Jangan beli minyak di Petron selepas ini. Beli minyak di Petron samalah kita bagi duit dekat Mirzan dan Mokhzani. Samalah kita mengkayakan tauke judi dari Malaysia, tauke arak dari Malaysia” 
 
Menurut beliau, dengan hasil daripada kilang arak itu digunakan oleh kedua-duanya untuk membeli stesen-stesen minyak Esso dan menukarkan jenama kepada Petron.

Rakaman video tersebut menjadi tular ketika Dr. Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berusaha untuk membentuk kerjasama dengan parti pembangkang terma­suk PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.



Facebook Comment