Video: Najib Razak 'Top 10' Menteri Kewangan Terbaik Asia



Portal berita kewangan antarabangsa, FinanceAsia menyenaraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tangga ke-10 daripada 12 menteri kewangan terbaik dalam kalangan 48 negara di Asia.

Najib ditangga ke-10 menyaingi Taro Aso di Jepun di tangga ke-11 dan Apisak Tantivorawong dari Thailand di tangga ke-12.

Berikut merupakan senarai Menteri Kewangan Terbaik Asia, menurut FinanceAsia:

1. Sri Mulyani Indrawati, Indonesia
2. Arun Jaitley, India
3. Yoo Il-ho, Korea Selatan
4. Carlos ‘Sonny’ Dominguez, Filipina
5. Lou Jiwei, China
6. Heng Swee Keat, Singapura
7. Sheu Yu-jer, Taiwan
8. John Tsang, Hong Kong
9. Scott Morrison, Australia
10. Najib Razak, Malaysia
11. Taro Aso, Japan
12. Apisak Tantivorawing, Thailand

FinanceAsia Senaraikan Najib 'Top 10' Menteri Kewangan Terbaik Asia

Menurut FinanceAsia, kaji selidik berkenaan berdasarkan kemampuan dan kejayaan seseorang menteri kewangan berkenaan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, pengurusan bajet tahunan serta jumlah pelaburan asing yang dibawa masuk.

“Tiada kaedah tetap untuk memutuskan menteri kewangan yang terbaik ataupun yang terburuk. Setiap negara mempunyai cabaran tersendiri.

“Rangka kerja setiap institusi jauh berbeza, memberi kuasa penuh kepada menteri kewangan itu sendiri untuk mengubah sesuatu dasar,” kata laporan berkenaan.

FinanceAsia Senaraikan Najib 'Top 10' Menteri Kewangan Terbaik Asia

Penarafan oleh FinanceAsia dilihat pemulih imej Najib ekoran portal ini juga pernah menyenaraikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan Terburuk Asia diatas dakwaan gagal menarik pelabur antarabangsa selain kejatuhan mendadak nilai mata wang negara.

“Pertumbuhan ekonomi jatuh kepada 4.2% tahun lepas, berbanding 5% pada 2015. Pihak kerajaan nampaknya sudah melakukan apa yang termampu. Keputusan yang dibuat pada 2016 – termasuk pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan pada April 2015 dan pemansuhan subsidi minyak penghujung tahun 2014 – telah melindungi negara secara efektif daripada ketidaktentuan global.

“Najib juga mengotakan janjinya untuk mengurangkan perbelanjaan. Bajet defisit kini pada kadar 3% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berkurang daripada 6% pada 2009,” tulis FinanceAsia.

Sumber: Malaysian Digest



Facebook Comment