Video: DAP Buat Lapor Polis Pertandingan Esei Lim Kit Siang, Annuar Musa Gandakan Lagi Hadiah


 


Berang dengan tindakan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menganjurkan pertandingan esei mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang, beberapa pemimpin parti pembangkang itu hari ini membuat laporan polis.Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Damansara kira-kira pada pukul 10 pagi bersama-sama beberapa pemimpin lain parti cauvanis Cina itu.

Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Damansara Utama dari DAP, Yeo Bee Yin mendakwa, tindakan Ketua Penerangan UMNO itu mempromosikan kebencian dalam kalangan rakyat terhadap pemimpin nombor satu parti berkenaan serta secara tidak langsung turut mengancam keselamatan Kit Siang.

Selain itu, beliau berkata, parti itu memohon polis menyiasat dan mengambil tindakan keras ke atas pemimpin berkenaan yang didakwa berniat jahat (mala fide) kerana menghasut dan menyemai semangat kebencian serta menyemarakkan sentimen perkauman di negara ini.

“Kami buat laporan polis kerana beliau cuba mempromosikan kebencian menerusi pertandingan karangan yang menawarkan hadiah benilai RM10,000. Dia kata semua orang boleh menang, kalau orang nak menang apa mereka buat? Mempromosikan dasar kebencian antara satu sama lain.

“Ini sangat bahaya. Kita mahu dia disiasat serta bimbang akan keselamatan Kit Siang. Beliau (Kit Siang) biasanya datang Petaling Jaya dan tinggal di SS2, jadi kami perlu juga buat laporan di sana untuk memastikan polis melindungi keselamatan beliau. Ini sangat-sangat bahaya,” katanya .

Annuar dalam satu sidang akhbar di Pusat Media di Parlimen semalam memberitahu cadangan beliau untuk menganjurkan pertandingan penulisan artikel berkaitan dakwaan rasis, anti-Islam dan diktator membabitkan Kit Siang dengan menawarkan hadiah istimewa bernilai RM10,000 kepada artikel menarik serta fakta tepat dan berkaitan.

Tujuan pertandingan itu bagi membantu pemimpin itu mendapatkan maklumat, gambar, petikan atau sebagainya berkaitan dakwaan bahawa Kit Siang merupakan seorang diktator, rasis dan anti-Islam.

Yang turut hadir membuat laporan polis itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San; Ahli Jawatankuasa Eksekutif Sosialis Muda DAP (DAPSY), Dyana Sofya dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Edry Faizal Eddy Yusof.

Dalam pada itu, Bee Yin berkata, pihaknya akan menarik balik laporan polis tersebut jika Annuar membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk tidak mengulangi lagi perkara tersebut.

“Saya mahu dia minta maaf bahawa perkara ini tidak berulang lagi. Kalau dia berani berhenti, kita tarik balik laporan polis. Dia perlu tarik balik dan minta maaf bukan sahaja kepada pemimpin kami malah kesemua rakyat dan mengaku bahawa dia telah buat sesuatu yang salah,” ujarnya.

Namun apa yang memeranjatkan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menaikkan pula hadiang wang tunai pertandingan esei dari RM10,000 kepada RM50,000 beberapa jam sahaja selepas pihak parti berkenaan membuat laporan polis.

Pengumuman itu dibuat oleh Annuar dalam satu kenyataan hari ini.

“Honorarium/hadiah untuk pihak yangmengemukakan bahan/fakta/penulisan berkaitan pegangan politik YB Lim Kit Siang dinaikkan kepada RM50,000 (hasil sumbangan Hamba Allah),” 
Lebih mengujakan, tajuk esei yang perlu ditulis telah ditambah dengan memasukkan sekali bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkritik utama kerajaan.

Annuar juga menambah empat kategori untuk pertandingan itu, iaitu tulisan di blog, artikel di media, video pendek dan infografik.

“Sila hantar kepada Jabatan Ketua Penerangan Umno, PWTC, KL. Hadiah-hadiah berjumlah RN50,000 menanti anda,”

Bagaimanapun, katanya penyertaan tidak boleh memasukkan kandungan yang menyalahi undang-undang.


Facebook Comment