SUPP Kuching Mencadangkan 3 Calon Bagi Kerusi Parlimen Kuching




The Sarawak United People's Party (SUPP ) cawangan Kuching telah mencadangkan tiga calon berpotensi bagi Pilihan Raya Umum akan datang di kawasan Parlimen Kuching iaitu Pengerusi belia SUPP Kuching Stanley Sie Tung, Setiausaha penganjur Bong Lian Huan dan Penolong Setiausaha Cawangan Jong Yean Pin dan ketiga-tiganya merupakan ahli majlis, Majlis Bandaraya Kuching Selatan.


Memetik kenyataan Pengerusi Cawangan Datuk Lily Yong pada majlis makan malam Hari Wanita semalam , beliau menggalakkan wanita untuk bekerja keras dan bergerak pantas agar tidak tertindas kerana beberapa pemimpin wanita telah membuktikan bahawa wanita juga mampu dan berjaya menjadi pemimpin.

"Kita perlu mendapatkan kembali apa SUPP hilang. Kami mahu melakukan yang terbaik untuk memenangi seberapa banyak undi yang mungkin. Marilah kita semua bersedia untuk pilihan raya umum akan datang, "
 
Beliau juga meminta agar semua bersedia untuk Pilihan Raya Umum akan datang. Tidak kira siapa yang menjadi calon.


 "Jangan melawan dengan air mata. Berjuang dengan kebolehan dan kebijaksanaan anda. Melindungi imej wanita adalah penting.Ianya mampu membuat diri anda dihormati juga."


Facebook Comment