Sarawak Komited Meningkatkan Penggunaan Internet - CM



Sarawak komited untuk melonjakkan infrastruktur ICT di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang untuk meningkatkan penggunaan Internet berkelajuan tinggi termasuk di kawasan luar bandar.Kerajaan negeri telah menyalurkan RM1 bilion dan berharap kerajaan persekutuan juga turut menyumbang jumlah yang sama untuk tujuan tersebut.

Memetik kenyataan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama kepada kakitangan awam negeri di sini semalam.

"Jumlah RM2 bilion diperlukan untuk kita meletakkan optik gentian, pengkomputeran mega dan satelit ke seluruh Sarawak,"
 
Dalam tempoh masa itu, beliau berkata pembinaan infrastruktur asas ICT meliputi semua kawasan di Sarawak mesti dilakukan dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
"Kami mahu menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi sehingga dua terabit sesaat dan jika ini dapat dilaksanakan, maka kita benar-benar boleh mengubah ekonomi, termasuk keusahawanan luar bandar."

Beliau berkata kelajuan Internet daripada 100 megabit sesaat di kawasan seperti Kuching dan 20 megabit sesaat di kawasan luar bandar tidak mencukupi jika Sarawak mahu menceburi bidang ekonomi digital.



Untuk maju, rakyat tidak dapat mengelak teknologi kerana ia akan menjadi 'perkara wajib' pada masa hadapan,Oleh itu, kita perlu pergi ke arah seperti ini kerana kejayaan masa akan datang berdasarkan teknologi dan kita akan melahirkan usahawan yang boleh menguasai teknologi." 

Sedar bahawa pembinaan infrastruktur ICT akan menjadi mahal, Abang Johari berkata kerajaan negeri tidak akan sama sekali bergantung kepada pembiayaan persekutuan tetapi juga untuk tampil dengan model kewangannya sendiri untuk projek-projek strategik seperti ICT.
"Kerajaan pusat perlu membantu kerajaan negeri tetapi kita tidak boleh bergantung 100 peratus (kerajaan persekutuan). Kita mesti datang dengan pendekatan baru yang tidak akan menjejaskan kedudukan kewangan negeri."
Menurut beliau lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus membantu Sarawak untuk meningkatkan dan memenuhi keperluan di negeri ini untuk Internet yang lebih pantas.




Facebook Comment