#PRU14: Nilai Prestasi Semua Ahli parlimen BN Sarawak Untuk dicalonkan Semula


Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg kini dalam proses menilai prestasi semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak dalam menentukan kelayakan untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) kelak .

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol berkata, kriteria boleh menang dan populariti semata-mata bukan jaminan untuk menjadi calon BN, memandangkan prestasi satu perkara yang wajar dititikberatkan dalam kenyataannya kepada pemberita di Majlis Pragraduan Univrsiti Teknologi Mara Sarawak.


"Penyandang-penyandang (Ahli Parlimen) sekarang tahu siapa yang tidak menunjukkan prestasi baik mereka mungkin sedar dan tahu mereka telah gagal,"
 
Berdasarkan perkembangan ini, beliau menjangkakan ada muka baharu daripada setiap parti komponen BN bakal diketengahkan pada PRU14 kelak.

Terdahulu, beliau berkata mulai tahun ini, BN Sarawak memperkenalkan kad skor bagi memantau prestasi wakil rakyat.Kad skor itu, menurutnya, akan merah apabila ada perkara yang bermasalah berkaitan wakil rakyat tersebut - misalnya projek di kawasannya tidak siap mengikut jadual ditetapkan.


Kad skor yang dikendalikan oleh Setiausaha Politik Kerajaan Negeri, menurutnya, mengandungi 17 perkara untuk dinilaikan.Ia turut menilai kekerapan seseorang wakil rakyat menjenguk kawasan dan pengurusan pusat khidmat.


Setiausaha Kerajaan Negeri menetapkan dalam tempoh enam bulan sekali menyemak kad skor, tetapi Ketua Menteri bila mendengar banyak aduan tentang seseorang wakil rakyat beliau boleh dipanggil berjumpa.


Katanya, ia pernah dilakukan oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ketika menjadi Ketua Menteri.


Menurutnya, pada Pilihan Raya Negeri 2016, BN telah menggantikan wakil rakyat yang ada masalah, tetapi ada antaranya digugurkan sebab masalah kesihatan.



"Dalam hal ini, kita ada perkenalkan calon-calon baharu bagi menggantikan yang terdiri daripada mereka yang lebih aktif,".

Untuk rekod Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen.

Facebook Comment