Pengsan Terkejut Dapur Dihempap Pokok

SARATOK: Ribut kencang menyebabkan sebatang pokok menimpa bahagian belakang Rumah Muel, Jalan Ulu Krian, Saratok pada jam 9 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, pokok tumbang menghempap bahagian dapur salah seorang penghuni rumah panjang berkenaan menyebabkan dia pengsan kerana terlalu terkejut.

Kejadian itu menyebabkan bahagian dapur kediaman mangsa juga seorang wanita rosak teruk.

Mangsa dihantar penduduk rumah panjang terbabit ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Saratok turut menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut.

Seramai lapan anggota bomba bersama sebuah jentera pemadam dan sebuah EMRS yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Yusuf Tamin telah bergerak ke lokasi kejadian  terletak 44 kilometer dari balai bomba.

Pada masa sama, bantuan dihulur bomba untuk membersihkan pokok yang tumbang terbabit.



Author:

Facebook Comment