Pemimpin Kanan DAP, Ahli Perniagaan Direman Kes Tipu Pajakan Tanah

MELAKA: Seorang pemimpin kanan DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan dengan anggaran kerugian bernilai RM976,300.

Perintah reman kedua-dua suspek  itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Analia Kamaruddin untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh pada, jam  8.30 pagi tadi.

Penahanan dua individu ini dpercayai selepas isu pajakan tanah dibangkitkan oleh wakil rakyat bebas yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San di Dewan Undangan Negeri pada 9 Mac lalu.

Leong San membangkitkan perkara itu berikutan seorang pengusaha kebun sayur membuat laporan polis pada 14 Disember lalu mendakwa ditipu selepas memasukkan wang sebanyak RM1 juta ke dalam akaun kedua-dua suspek untuk permohonan mendapatkan tanah pajak.

Berdasarkan laporan polis oleh pengusaha kebun sayur itu, beliau mendakwa di tipu oleh dua individu bernama Wong Chi Sing (Setiausaha Organisasi DAP Melaka) and Chua Soon Teck.

Tanah pajakan bersaiz 500 ekar yang dipohon oleh pekebun sayur itu dikatakan terletak di Kuala Krai, Kelantan.

Sebelum ini ,  ADUN Ayer Keroh DAP, Khoo Poay Tiong dikaitkan dengan penipuan itu dan beliau bagaimanpun menafikan terbabit.



Author:

Facebook Comment