PEMBANGKANG SANGGUP SEBOTAJ MALAYSIA ASAL DAPAT KUASA


Semalam, Dr Shamshad Akhtar menulis tentang Belt and Road Initiative (BRI) China dan kesannya ke atas 65 negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia.Dr Shamshad adalah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (ESCAP).

Di Malaysia, komponen laut BRI termasuklah pakatan pelabuhan di mana 11 pelabuhan-pelabuhan China dan enam pelabuhan Malaysia - Pelabuhan Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Kuantan, dan Bintulu. Ini termasuklah Melaka Industrial park, yang merupakan sebahagian daripada projek Melaka Gateway.

Manakala komponen kereta api termasuklah Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia, yang dijadikan sebagai tunjang koridor rel BRI ASEAN yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Barat dan Asia Selatan.

Dr Shamshad berkata bahawa BRI, bersama-sama dengan beberapa pembaharuan perdagangan akan menjana keuntungan ekonomi antara 5.3 sehingga 16.9 peratus KDNK bagi negara-negara anggota lain yang mengambil bahagian.

KDNK Malaysia pada tahun 2016 adalah RM1.2 trilion.

Ini bermakna dalam kes Malaysia, ini bermakna peningkatan faedah ekonomi kepada Malaysia sebanyak RM64 bilion hingga RM229 bilion SETIAP TAHUN.

Apabila Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003, KDNK kita hanya sebanyak RM188 bilion manakala pada tahun 2006, KDNK adalah RM228 bilion.

Bayangkan menambah saiz keseluruhan ekonomi Malaysia pada tahun 2006 kepada ekonomi semasa kita.

Lebih banyak peluang pekerjaan, lebih kemakmuran dan kehidupan yang lebih baik untuk semua.

Dr Shamshad juga memberi amaran bahawa BRI mungkin membawa kepada ketidakseimbangan sosial melainkan jika kita menggunakan BRI untuk merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

Ini adalah apa yang dilakukan oleh Malaysia dengan ECRL yang kini akan membawa perindustrian luar bandar ke negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Beliau mengakhiri artikelnya dengan mengatakan

"BRI dengan cita-cita yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan skalanya melibatkan kerumitan dan cabaran-cabaran besar, namun, ia menawarkan peluang yang luar biasa untuk meletakkan Asia pada pertumbuhan yang mampan dan seimbang dan laluan pembangunan yang mampan."

Walaupun kerajaan semasa kita melihat masa depan dengan lensa strategik untuk menjamin masa depan bagi Malaysia, ia adalah malang bahawa setiap inisiatif BRI - sama ada Bandar Malaysia, ECRL, Melaka Gateway, Pelabuhan Kuantan, pembesaran Port Klang - diserang oleh pembangkang menggunakan propaganda perkauman, taktik menakut-nakutkan dan pembohongan secara terang-terangan.

Pembangkang turut berkata bahawa mereka akan membatalkan semua projek ini jika mereka menang.

Mengapa? Kerana mereka rela untuk mensabotaj Malaysia asalkan dapat memenuhi ketamakan mereka ke atas kuasa.


Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 21 Mac 2017


http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/china-belt-and-road-initiative-shamshad-akhtar

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Facebook Comment