Pemandu Remaja Lawan Arus Tidak Dapat Di Dakwa Tuduhan Membunuh



Pemandu remaja berusia 19 tahun yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki tidak dapat di dakwa atas tuduhan membunuh.Ekoran kenyataan itu netizen yang kurang arif mengenai sistem perundangan di negara ini mula mempertikaikan dan memperlekehkan polis Diraja Malaysia(PDRM) secara terbuka di media sosial.


Terdapat perbezaan antara bunuh di bawah kanun keseksaan dengan pemanduan yang menyebabkan kematian memetik kenyataan seorang peguam Nor Zabetha.

"Sekiranya seseorang membunuh secara sengaja, dia akan disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi bagi kes kemalangan tertuduh akan disabitkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987."

"Bagi kes ini lebih sesuai di bawah seksyen 41 menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan di baca bersama dengan seksyen 44 memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol."

"Tetapi untuk mendakwa dia dengan dakwaan membunuh memang tidak tepat dan tidak emmenuhi elemen kesalahan membunuh di bawah Kanun Keseksaan Jenayah."

"Saya faham , akdang-kadang netizen tidak faham undang-undang .Kalau tidak menepati elemen dan didakwa di mahkamah tertuduh akhirnya akan dibebaskan tanpa sebarang hukuman,"

Justeru itu netizen dinasihatkan bersabar dan tidak menimbulkan spekulasi yang boleh menggangu siasatan polis.Sebaiknya beri ruang untuk polis menyiasat kes ini secepat mungkin.

Facebook Comment