Pelaburan Saudi ARAMCO: Parti Amanah Negara (PAN) Berperangai Suka Mengeluarkan Kenyataan Tidak Berfaedah Dan Mencari Publisiti Murahan

Ada seorang MP Amanah membuat kenyataan umum mengatakan Arab Saudi lebih baik daripada Malaysia kerana tiada cukai pendapatan, mereka lebih kaya dan harga petrol walaupun selepas kenaikan 50% masih murah di sana.

Tetapi orang ini juga terlupa bahawa tidak ada demokrasi di sana dan beliau akan di pancung jika dia terus membuat kenyataan politik yang bodoh seperti ini di sana


---------------
Kenyataan daripada 
Pasukan Komunikasi Strategik 
Barisan Nasional

Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) mempunyai perangai mengeluarkan kenyataan tidak berfaedah bersandarkan khabar angin dan pemikiran sempit semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

Awal bulan ini, bersandarkan kepada laporan tidak sahih yang sudahpun dinafikan kerajaan, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, mengeluarkan kenyataan meminta perdana menteri memberi penjelasan mengapa syarikat minyak Arab Saudi, Aramco, menarik diri daripada melabur di projek RAPID di Pengerang, Johor.

Salahuddin mendakwa kononnya mempunyai bukti pelabur telah hilang keyakinan terhadap Malaysia.

Kini syarikat Aramco telah menandatangani perjanjian untuk melabur RM31 bilion dalam projek RAPID itu, Salahuddin tiba-tiba diam seribu bahasa.

Satu lagi kenyataan terbaru adalah dari Ahli Parlimen PAN, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, yang mengetepikan laporan terdapat kenaikan harga petrol sebanyak 50 peratus di Arab Saudi dan mendakwa ia tidak akan berlaku kerana Arab Saudi adalah sebuah negara kaya.

Berdasarkan Pentadbir Maklumat Tenaga Amerika Syarikat, pada 2013 Malaysia mengeksport 240,000 bbl/d dan mengimport 183,000 bbl/d minyah mentah, menjadikan jumlah eksport kepada hanya 57,000 bbl/d.

Manakala Arab Saudi mengeksport 7.7 juta bbl/d minyak mentah pada 2013 tanpa sebarang pengimportan minyak.

Ini bermakna dengan jumlah kepadatan penduduk hampir sama dengan Malaysia iaitu 30 juta, Arab Saudi mengeksport kira-kira 135 kali ganda lebih banyak minyak mentah per kapita berbanding Malaysia, sekaligus menyumbang kepada kekayaan penduduk Arab Saudi.

Selain itu, kos pengeluaran di telaga minyak Arab Saudi adalah antara terendah di dunia bagi setiap tong, berbanding pengeluaran minyak di pelantar minyak di luar pantai.

Melainkan Pakatan Harapan dapat memberi jaminan bertulis melalui manifesto bahawa jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan, mereka akan meningkatkan keupayaan eksport minyak sebanyak 135 kali ganda serta mengurangkan kos pengeluaran minyak setara dengan Arab Saudi, kita sarankan Raja Kamarul Bahrin lebih baik menutup mulutnya dari mengeluarkan perbandingan dongengan.

Raja Kamarul juga dinasihatkan mempelajari Program Transformasi Nasional (NTP) yang dilancarkan Arab Saudi yang turut mendukung persamaan dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) Malaysia.

Antara langkah melalui NTP Arab Saudi itu ialah mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan dari minyak, menghapuskan subsidi tanpa keberkesanan dan membazir, melaksanakan pengagihan wang tunai sama seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana serta melaksanakan kutipan GST pada 2018.

Melihat dengan lebih teliti langkah NTP Arab Saudi ini turut menunjukkan negara itu berhasrat melaksanakan kenaikan harga minyak runcit mengikut harga pasaran global menjelang 2020, satu langkah yang sudah dilakukan Malaysia pada 2014.

Sepatutnya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya meraih pelaburan yang besar dari negara asing bagi menjadikan Malaysia sebuah hub minyak dan gas di rantau ini, Raja Kamarul Bahrin memilih untuk mempersoalkan mengapa hubungan kita dengan Arab Saudi melalui penjaga dua masjid suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Mungkinkah beliau akan hanya melonjak kegembiraan jika Malaysia tidak menerima sebarang pelaburan dari negara asing atau jika hubungan antara dua negara berada dalam keadaan tidak baik?


Author:

Facebook Comment