Pejabat PM Nafi Najib Keluar Surat Raih Bantuan, Kesetiaan PRU14

KENYATAAN MEDIA 

Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan surat kononnya daripada YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk meraih bantuan dan memberi kesetiaan kepada beliau dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang.

Surat palsu yang diedarkan itu menggunakan kertas rasmi Kerajaan dan ditandatangani sendiri oleh YAB Perdana Menteri telah dikirimkan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif organisasi swasta dan syarikat kepunyaan Kerajaan.

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak pernah mengeluarkan sebarang surat seperti itu. Ini merupakan usaha pihak tertentu yang cuba memperlekehkan kedudukan YAB Perdana Menteri bagi kepentingan politik mereka.

Pejabat YAB Perdana Menteri akan membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu ini.


DATUK ISKANDAR BIN MOHD. KAUS
Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri
21 Mac 2017



1) PMO FACEBOOK


2) PMO TWITTER


Author:

Facebook Comment