Pakatan Sampah.. 'Homework' Tak Siap Untuk Agihan Kerusi

Apa punya yang parti sampah dan pakatan sampah.

Setiausaha Agong PKR berkata Pribumi sepatutnya menghadiri mesyuarat untuk membincangkan pembahagian kerusi. PKR, Amanah dan DAP semua hadir tetapi Pribumi ponteng.

Kemudian Setiausaha Agong PKR berkata Pribumi tidak hadir kerana Mukhriz memberitahu bahawa mereka tidak bersedia dan masih mengenal pasti kerusi.

Sekarang Pribumi berkata mereka tidak ponteng kerana mereka belum selesai buat 'homework' dan memberikan sebab hampeh mengatakan bahawa pucuk pimpinan masih belum menggariskan "prinsip-prinsip asas" untuk rundingan.

Lebih baik bagi alasan anjing dah makan 'homework' korang. 😂😂😂


-------

https://youtu.be/Tfn_vr-x70Q



PPBM tak hadir rundingan agihan kerusi, 'homework' belum siap - Saifuddin

Wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak hadir dalam mesyuarat rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia sepatutnya dihadiri oleh Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.

"Bagaimanapun saya telah dimaklumkan tentang ketidakhadiran itu. Mukhriz dalam makluman kepada saya PPBM memerlukan sedikit lagi masa kerana tugas untuk kenalpasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi parti itu diamanahkan kepada Tan Sri Ab Rashid.

"Jadi saya difahamkan 'homework' itu belum selesai, manakala PKR, DAP dan Amanah kami telah bersedia dengan kerusi-kerusi yang kami sasarkan untuk kami tuntut," katanya selepas mesyuarat di Wisma Amanah Negara di sini hari ini.


Author:

Facebook Comment