Pakatan Harapan Sarawak Akan Berpecah Tidak Lama Lagi




Ibarat hanya menunggu masa saja untuk Pakatan Harapan Sarawak berebut kerusi dan berlawan satu sama lain kerana nyata mereka mempunyai agenda dan matlamat yang berbeza.Apapun nama yang di beri samada Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat atau Pakatan sahaja dengan atau tanpa PAS atau Pakatan dengan atau tanpa Amanah tidak akan memberi sebarang perbezaan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Memetik kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengibaratkan parti-parti itu hanya pakatan yang longgar dan mempunyai perjuangan yang berbeza yang hanya untuk pilihan raya umum ke 14.Tidak seperti BN dimana gabungan kekal untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

"Pakatan Pakatan mudah diringkaskan seperti parti politik tidur bersama-sama tetapi mimpi lain-lain. Ia hanya menunggu masa mereka mencurigai  satu sama lain dan mula tikam belakang ."
Abdul Karim, yang juga Anggota Dewan Asajaya dan Ahli Majlis Tertinggi PBB berkata, Pakatan Harapan Sarawak yang terdiri daripada DAP Sarawak, PKR Sarawak dan Amanah Sarawak, hanya bermimpi di siang hari untuk merampas kerusi  BN di semua kerusi Parlimen Sarawak pada pilihan raya umum yang akan datang (PRU-14) walaupun dalam satu kenyataan akhbar di ibu pejabat DAP Sarawak pada ahad Pengerusi Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan Amanah Sarawak Fidzuan Zaidi berkata mereka sepakat mengenai pengagihan kerusi untuk PRU-14 . 

Mengikut perjanjian , pada PRU-14 pihak-pihak yang berkenaan akan bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini ditandingi oleh setiap daripada mereka dalam PRU ke-13 dan Amanah akan  bertanding kerusi-kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh PAS.
"Kita telah melihat drama ini pada pilihan raya negeri lepas di mana kita lihat PKR dan DAP berlawan antara satu sama lain dalam banyak kawasan pilihan raya. Ini akan berulang pada PRU-14 akan datang ini.Mereka mungkin telah menandatangani perjanjian dan digubal baik oleh peguam mereka ... tetapi ini hanya lakonan sahaja"

Dalam PRU-13 diadakan pada bulan Mei 2013, PKR bertanding di 15 kerusi tetapi hanya menang satu kerusi (Miri), DAP bertanding di 11 kerusi dan memenangi lima (Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang dan Sarikei).Amanah pula belum terbentuk dan kali ini akan bertanding di lima kerusi yang sebelum ini di tandingi oleh PAS.

Untuk rekod, terdapat sejumlah 31 kerusi Parlimen di Sarawak.


Facebook Comment