Mahkamah Tinggi Tolak Petisyen Guan Eng Cabar Seksyen 62 Akta SPRM

Haiya ... Tokong tidak bernasib baik.

Apabila Akta SPRM digunakan untuk mendakwa beratus-ratus orang lain yang juga termasuk Khir Toyo, dia tidak berkata apa-apa tetapi gembira.

Tetapi akta yang sama yang digunakan terhadap dia, dia cuba untuk mencabar ianya adalah tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah??

Nasib baik mahkamah tidak tertipu oleh dia.

Bersedialah untuk perbicaraan kes rasuah  dalam tempoh 20 hari lagi - bermula 27 Mac.



----------
Mahkamah Tinggi tolak petisyen Guan Eng Cabar Seksyen 62 Akta SPRM

PULAU PINANG 7 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon bagi mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berpelembagaan dan tidak sah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam penghakimannya berkata Seksyen 62 Akta SPRM berkenaan tidak bercanggah dengan Perkara 5(1) dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau menetapkan 20 Mac ini untuk pengurusan semula kes berkenaan manakala tarikh perbicaraan membabitkan Guan Eng dan Li Koon di bawah akta tersebut kekal 27 Mac ini.

Pada 6 Januari lalu, Guan Eng dan Li Koon mencabar untuk mengisytiharkan seksyen 62 Akta SPRM 2009 itu sebagai tidak berpelembagaan dan tidak sah.

Seksyen 62 itu menetapkan tertuduh perlu menyerahkan antara lain pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud dan Peguambela Gobind Singh Deo mewakili Guan Eng manakala Li Koon diwakili Datuk V. Sithambaram. 



Author:

Facebook Comment