Mahathir Mudah Lupa: Proton Penyebab Kereta Import Menjadi Mahal Dikenakan Cukai Terlalu Tinggi

Semalam, Mahathir cuba mempertahankan Proton sekali lagi dengan hilang akal berkata bahawa Proton bukan penyebab mengapa kereta lain di Malaysia menjadi mahal.

Sebab yang beliau beri adalah bahawa cukai import ke atas kereta telah wujud sebelum kewujudan Proton dan bukan disebabkan oleh Proton.

Walau bagaimanapun, Mahathir lupa bahawa sebelum Proton diperkenalkan, beliau telah meningkatkan dengan ketara duti eksais untuk kereta lain kepada TIGA KALI GANDA - sertamerta menyebabkan semua jenama kereta lain menjadi mahal.

Pada tahun 1998, beliau sekali lagi menaikkan cukai kereta begitu tinggi untuk jenama bukan Proton.

Mungkin Mahathir "terlupa" atau dia sekali lagi berbohong?

Beliau juga terlupa bahawa dia memperkenalkan AP untuk kereta yabg secara tidak langsung menghadkan pengedaran kereta bukan Proton oleh itu kereta jenama lain juga menjadi lebih mahal.

Kepada sesiapa yang masih ingat  ingat pada awal tahun 1980-an boleh tolong memberitahu bahawa harga kereta meningkat dengan ketara dalam masa beberapa tahun apabila Proton diperkenalkan.

"Saya masih ingat membeli kereta baru Mazda 1.5 hatchback pada harga RM16,500 pada tahun 1982 tetapi apabila saya membeli sebuah Proton 1.3S pada tahun 1988, sebuah kereta yang kebih rendah spesifikasinya berbanding Mazda dari segi keselesaan, ruang dan prestasi enam tahun kemudian, harga telah meningkat kepada hampir RM26,000 atau lebih kira-kira 60%  - segala-galanya dalam julat yang sama adalah jauh lebih mahal ". ditulis oleh P. GUNASEGARAM, bekas penulis bisnes The Star.

Macam ni pun Mahathir nak berbohong?

Sejak tahun 2009, kerajaan telah mengurangkan cukai ini dengan pelbagai langkah termasuk menghapuskan cukai import (bukan eksais) ke atas kereta dari Jepun dan juga menggantikan cukai jualan 10% dengan GST 6%.

Pengecualian cukai, hampir sepenuhnya diberikan ke atas kereta yang diklasifikasikan sebagai 'Energy Efficient Vehicles' oleh itu model kereta tertentu yang mahal menjadi setanding harganya dengan kereta negara-negara lain seperti BMW330e, Prius dan Honda CRZ (yang menjadi mahal lagi selepas pengecualian terhad kepada unit CKD).

*nota: Mungkin ada yang berkata mengapa tidak diturunkan serta-merta sekarang? 

Kena ingat, penurunan cukai secara mendadak yang menyebabkan harga kereta menjadi murah akan memberi kesan kepada harga kereta terpakai. 



---
Rujukan:



Author:

Facebook Comment