Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai Mas, Tatau - Seorang Maut, Tiga Cedera

BINTULU: Seorang maut manakala tiga mengalami kecederaan setelah kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam Sungai Mas, Tatau dalam kemalangan kendiri di Jambatan Sungai Mas, Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Tatau sekitar jam 3 petang kelmarin.

Mangsa maut ialah Wiki Sanjie, 19, berasal dari Rumah Tajing, Sungai Selad manakala pemandu kereta iaitu bapa mangsa, Sanjie Chandang, 45, dan dua penumpang iaitu Jimmy Nyadang, 34, dan Christopher Andy Nyadang, 14, hanya cedera ringan.

Semasa kejadian, kereta dinaiki mangsa mempunyai pertalian kekeluargaan itu dikatakan dari Pasar Bintulu menuju ke Kuala Tatau hilang kawalan dan terlanggar tiang jambatan sebelum terjunam ke Sungai Mas.

Dipercayai semua penumpang dalam kereta terbabit mulanya mengalami kesukaran untuk keluar menyelamatkan diri disebabkan posisinya berada dalam keadaan terbalik sehingga menyebabkan Wiki terperangkap di dalamnya.

Pegawai Penyiasat, Inspektor Jeffery Jembol berkata kes ini masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Author:

Facebook Comment