#JanjiDiTepati: PM Serah Kunci 1Razak Mansion Besok



Pada 22 April 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam 1Razak Mansion yang akan memberi manfaat kepada 658 keluarga. Serentak dengan itu juga beliau mengumumkan "durian runtuh" kepada penduduk melalui tiga insentif antaranya 557 keluarga sedia ada akan menerima rumah baharu secara percuma.

Penghuni-penghuni ini akan menukar unit lama dua bilik tidur, satu bilik mandi saiz 399 kaki persegi dengan unit baru tiga bilik tidur dan dua bilik mandi bersaiz 800 kaki persegi.

Unit baru ini bernilai 4 kali ganda nilai unit lama.

Manakala 101 keluarga penyewa ditawar harga jualan RM42,000 berbanding harga pasaran RM250,000.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu duti setem pemilikan rumah baharu berjumlah RM4,000 diberi subsidi dan ditanggung sepenuhnya berserta pemberian wang imbuhan RM3,000 kepada 557 penghuni sedia ada.

"Perumahan ini dekat di hati saya kerana Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menjejakkan kaki beliau di sini dan seterusnya merasmikan Kawasan Perumahan Awam Razak Mansion kira-kira 47 tahun yang lalu.

Projek pembangunan itu akan melibatkan keseluruhan 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar berserta kemudahan seperti pejabat kecil; dewan orang ramai; surau; tadika; pejabat persatuan penduduk; dan pondok polis.

Besok, 15 Mac 2017 - tak sampai tiga tahun, Perdana Menteri akan menyerahkan kunci unit baru kepada penduduk.

Janji ditepati.
------------@
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140422/dn_10/1Razak-Mansion-dibina-baharu

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/pm-serah-kunci-pa-1razak-mansion-esok-1.456932

Facebook Comment