HOSPITAL UMUM SARAWAK CARI WARIS PESAKIT SIONG KOK LAM


Pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) memohon kerjasama orang ramai untuk memaklumkan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit lelaki (gambar seperti dalam lampiran) dikenali sebagai Siong Kok Lam dan berumur sekitar 70an yang kini ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak HUS, pesakit memaklumkan bahawa beliau tinggal di Tabuan Jaya dan pernah menjadi tenaga pengajar di sekolah cina.

Pesakit telah dihantar ke HUS selepas dijumpai di hadapan Courts Mammoth, Jalan Matang setelah terjatuh dan tidak mampu untuk bergerak.

Sehubungan itu, pihak HUS memohon jasa baik orang ramai yang mengenali ahli keluarga atau waris pesakit tersebut agar menghubungi Mohamad Ramzi Baidi di talian 082-245048/014-5798454 dengan segera.

Facebook Comment