Fitnah Pembangkang: Pesara Masih Boleh Dapat Ubat Percuma - JPA


- Perkhidmatan e-MASS bagi pembekalan ubat sejak tahun 2012 telah ditamatkan
- Stok ubat ada di hospital Kerajaan diberi secara percuma atau dengan kos minima. 
- Kalau tiada dalam stok boleh beli di mana-mana farmasi dan buat tuntutan atas pembelian di Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Jangan di kelirukan oleh Pembangkang. 

---------

Lim Kit Siang dan Teresa Kok telah mengeluarkan kenyataan yang memberikan gambaran bahawa pesara tidak akan mendapatkan ubat secara percuma. Media "bebas" mesra pembangkang juga telah dipaparkan berita ini menggunakan tajuk yang mengelirukan. 

Ini tidak betul. 

Sebelum 2012, pesara boleh mendapatkan ubat dari hospital Kerajaan dengan bayaran minima.

Sebagai alternatif mereka boleh mendapatkan ubat dari klinik dan hospital swasta. Dan kemudian membuat tuntutan semula dari Kerajaan itu melalui Bahagian Pencen JPA. Pesara perlu membayar untuk ubat-ubatan dan kemudian menuntut kembali daripada kerajaan. 

Pada tahun 2012, Kerajaan telah membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat swasta untuk menyediakan ubat-ubatan ini melalui e-MASS untuk klinik dan hospital swasta. Dalam kes ini, pesara akan memohon melalui sistem dan mengambil ubat dari klinik swasta, farmasi dan hospital yang berhampiran dan memudahkan mereka tanpa membayar apa-apa.

Selain perkhidmatan tambahan ini, pesara masih boleh pergi terus ke klinik dan hospital Kerajaan untuk mengambil ubat mereka. Tidak ada perubahan.

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengesahkan bahawa kontrak 5 tahun untuk e-MASS bermula 27 Januari 2012 telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui.

Buat nasa ini, ia kembali semula kepada sistem lama seperti sebelum 2012 sehingga alternatif baru yang lebih baik ditemui.

Pesara masih boleh mendapatkan ubat mereka dari hospital Kerajaan dan klinik secara percuma atau kos minima. Tiada perubahan.

Pesara masih boleh mendapatkan ubat yang sahkan dari klinik swasta, farmasi dan hospital dimana paling mudah untuk mereka kunjungi tetapi seperti sebelum 2012, mereka perlu membayar dahulu dan kemudian membuat tuntutan semula. 

Kerajaan itu tidak pernah menafikan hak perubatan kepada pesara yang layak - walaupun DAP cuba untuk memberi persepsi yang salah untuk menghasut bagi menimbulkan kebencian.



Author:

Facebook Comment