Dibawa Arus Sungai SKC Bukit Beruntung: Mayat Kanak-kanak Kelima Ditemukan


ADUN Batang Kali YB Dato' Mat Nadzari dan Ketua MCA Hulu Selangor di Hospital Daerah Kuala Kubu Bharu menziarah jenazah dan keluarga mangsa yang terkorban.

HULU SELANGOR: Mayat seorang lagi kanak-kanak yang hilang dibawa arus deras bersama tujuh rakannya di Sungai Bukit SKC Buruntung di sini berjaya ditemukan kira-kira 1 kilometer dari tempat dua rakannya ditemukan.

Mangsa kelima ini ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 12.20 malam tadi.

Mangsa, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 12.20 malam tadi.
Penemuan ini menjadikan sebanyak lima mangsa berjaya ditemukan dengan dua lagi masih hilang.

Mayat Amirul Hakimi telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden R. Supramaniam, usaha mencari dan menyelamat dua lagi mangsa diteruskan di kawasan Amirul Hakimi ditemukan.

-----------------
Berita Sebelum:

Ops Cari Hingga 5km


ADUN Batang Kali YB Dato' Mat Nadzari dipusat operasi dan menyelamat mendengar taklimat dari Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden R. Supramaniam

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat baki mangsa yang dikhuatiri lemas diperluaskan sehingga jarak lima kilometer sepanjang sungai SKC di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kawasan pencarian terpaksa dibesarkan berikutan mayat mangsa lemas yang terbaru dijumpai kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian disebabkan semua mangsa keluar untuk menangguk ikan ketika hujan lebat petang tadi sebelum dihanyutkan arus deras sungai berkenaan.

"Mereka dipercayai dihanyutkan arus deras oleh kepala air selepas hujan di sungai berkenaan,” katanya pada sidang media, malam tadi.

Supramaniam berkata, operasi mencari dam menyelamat itu membabitkan kekuatan seramai 45 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam(APM) dan RELA.

----------------
2 Kanak-kanak Maut, 5 Hilang, Seorang Terselamat

ADUN Batang Kali YB Dato' Mat Nadzari menemui salah seorang keluarga mangsa.
Dua kanak-kanak maut, seorang terselamat manakala lima lagi masih hilang selepas hanyut dibawa arus ketika memancing di Sungai Bukit SKC Bukit Beruntung, Selangor dekat sini petang tadi.

Mangsa yang dipercayai terselamat sedang disoal oleh pihak polis.

Dalam kejadian kira-kira 5.44 petang itu, lapan remaja berkenaan dikatakan ke sungai berkenaan untuk memancing ikan sebelum dihanyutkan arus deras.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, susulan daripada itu, seorang kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri, manakala dua lagi rakannya ditemukan 50 meter dari lokasi terakhir dan dipercayai meninggal dunia.

“Buat masa ini, kita masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat lima lagi kanak-kanak yang masih hilang.

“Kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian ini,” katanya di sini hari ini.



Author:

Facebook Comment