CCTV Rakam Wanita Curi Telefon Bimbit Di Pusat Beli Belah Tabuan Jaya

KUCHING: Kegiatan dua wanita mencuri telefon bimbit terbongkar apabila dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai di pusat beli-belah di Tabuan Jaya di sini, malam kelmarin (Jumaat).

Insiden itu disedari pemilik kedai berusia 30 tahun sebelum menutup kedai sekitar jam 9.30 malam apabila mendapati empat unit telefon bimbit iaitu Samsung Galaxy S7 Edge, Samsung Galaxy S7, Samsung Galaxy Note 5 dan Asus Zenfone 3 Max telah hilang.

Pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati telefon bimbit berkenaan telah dilarikan oleh dua wanita yang dikatakan menyamar sebagai pelanggan.

Gambar dari CCTV itu turut dikongsikannya di Facebook di mana beliau menawarkan ‘ganjaran’ bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung dua wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, laporan polis telah diterima dan pihaknya sedang giat mengesan keduadua suspek tersebut.

“Rakaman CCTV menunjukkan kejadian yang membabitkan kerugian bernilai RM8,105 itu dilakukan dua wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.



Author:

Facebook Comment