Adakah PAS akan sertai atau tidak?


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata bahawa satu-satunya sebab PAS wujud adalah kerana Umno tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam, iaitu syariah, secara keseluruhan. Dengan kata lain, undang-undang syariah sudah wujud di Malaysia dan telah wujud lama sebelum British datang ke Tanah Melayu. Tetapi ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh. PAS mahu melihat semua undang-undang syariah dilaksanakan dan bukan hanya sebahagian daripadanya.

Nik Aziz juga berkata, sekiranya Umno boleh menjalankan tugas melaksanakan undang-undang syariah maka kita tidak perlukan PAS lagi. PAS sebenarnya boleh ditutup dan semua ahli-ahli PAS boleh pergi dan menyertai Umno. Ini adalah pengakuan terbuka Nik Aziz bahawa PAS tidak menganggap Umno sebagai musuh dan benar-benar boleh bekerja dengan Umno (atau menyertai Umno) jika Umno menyokong undang-undang Islam.

Pada Julai 2006, Tun Dr Mahathir Mohamad pergi ke Kota Bahru dan satu majlis makan malam telah diadakan untuknya. Nik Aziz ditanya sama ada beliau akan menghadiri majlis makan malam itu dan beliau berkata beliau tidak dijemput tetapi jika dijemput, beliau akan menghadirinya. Pada malam itu, Niz Aziz tetap menghadiri majlis makan malam itu dan kerusi tambahan terpaksa ditempatkan di meja utama menjadikan meja 10 tempat duduk itu menjadi 11.

Nik Aziz berkata sebab beliau menghadiri majlis makan malam itu, walaupun tidak diundang, adalah kerana sebagai Menteri Besar Kelantan ia adalah protokol yang betul iaitu beliau memberi penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia. Alasan penganjur tidak menjemput Nik Aziz adalah kerana mereka fikir Menteri Besar akan menolak jemputan. Mahathir telah menahan anak Nik Aziz, Nik Adli, selama lima tahun tanpa perbicaraan pada tahun 2001 dan Nik Aziz berkata beliau tidak akan memaafkan Mahathir kerana berbuat sedemikian sehingga ke akhirnya.

Jadi, Mahathir menahan anak Nik Aziz selama lima tahun dan Nik Aziz tidak akan memaafkan Mahathir untuk itu. Tetapi apabila Mahathir datang ke negerinya, Nik Aziz masih memberi penghormatan kepada bekas Perdana Menteri itu. Beliau tidak membenarkan perasaan peribadinya mengenai Mahathir menghalang protokol yang betul atau melakukan 'perkara Melayu' yang betul.

Pertama kali saya bertemu Nik Aziz di Kota Bharu adalah pada tahun 1995. Mustafa Ali, yang telah saya kenali sejak tahun 1978, yang membawa saya untuk bertemu Nik Aziz. Pada masa itu Presiden PAS adalah Ustaz Fadzil Muhammad Noor, yang saya bertemu di Mekah pada tahun 1982. Sejak itu saya melawat Ustaz Fadzil di rumahnya di Alor Setar beberapa kali dan beliau sentiasa menemui saya apabila beliau datang ke Kuala Terengganu. Saya juga sangat rapat dengan Presiden PAS yang semasa, Abdul Hadi Awang, yang pertama kali saya temui pada tahun 1978 tidak lama selepas beliau kembali ke Malaysia selepas pengajiannya di Madinah dan Kaherah.

Pada asasnya, persahabatan lama saya dengan pemimpin-pemimpin PAS telah memberikan saya pemahaman tentang apa yang mereka mahu dan bagaimana mereka berfikir. Sebagai contoh, Mustafa Ali berkata PAS tidak berminat untuk memenangi pilihan raya. Ia lebih berminat untuk melaksanakan Islam. Walau bagaimanapun, jika itu hanya boleh dilakukan jika anda memegang kuasa, maka PAS akan mengambil bahagian dalam pilihan raya untuk mendapatkan kuasa, tetapi hanya supaya mereka boleh berkhidmat untuk Islam.

Pendek kata, memenangi pilihan raya bukanlah kemuncak. Memenangi pilihan raya adalah satu cara untuk ke kemuncak. Kemuncaknya adalah untuk berkhidmat kepada Islam. Jadi cara untuk memegang kuasa adalah melalui rancangan yang anda gunakan. Dan rancangannya adalah untuk bekerjasama dengan orang-orang yang boleh membantu anda untuk memegang kuasa, atau bekerja dengan orang-orang yang akan berbakti kepada Islam apabila mereka berkuasa.

Ia adalah satu aspirasi yang sangat mudah, sekurang-kurangnya pada 1970-an dan 1980-an. Objektif: berkhidmat untuk Islam. Cara: pegang kuasa jika itu adalah caranya (atau satu-satunya cara) anda boleh berkhidmat untuk Islam. Strategi: melakukan apa yang diperlukan untuk mendapatkan kuasa. Doktrin: matlamat menghalalkan cara asalkan kemuncaknya adalah untuk berkhidmat untuk Islam.

Itu, bagaimanapun, berubah pada tahun 2008. Walaupun pada mulanya semuanya adalah tentang berkhidmat untuk Islam, pada tahun 2008 pemimpin-pemimpin PAS yang memenangi kerusi pada pilihan raya umum mula menikmati kuasa hanya untuk kuasa. Kuasa yang mereka pegang bukan lagi untuk berkhidmat untuk Islam. Ia adalah tentang keuntungan peribadi, kegemilangan dan kepuasan. Mereka tidak lagi berkhidmat untuk Islam tetapi Islam telah berkhidmat untuk mereka. Mereka menggunakan Islam atau bersembunyi di sebalik Islam berkuasa.

Pakatan Rakyat bermula dengan niat yang murni semasa ia mula-mula ditubuhkan pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, selepas hanya dua setengah tahun, ia mula menyimpang dan nampaknya seperti Pakatan Rakyat sedang kegagalan. Hanya dua setengah tahun dan Pakatan Rakyat sudah menghadapi azab. Sesetengah daripada kami sudah mengagak perkara ini akan terjadi dan pada tahun 2010 kami memberi amaran kepada Anwar Ibrahim mengenainya. Walau bagaimanapun, Anwar sebaliknya melabelkan kami sebagai pengacau dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjauhi kami.

Menjelang pilihan raya datang 2013 ia tidak lagi mengenai berkhidmat untuk Islam, rakyat atau negara. Ia adalah tentang mendapatkan kuasa hanya kerana kuasa. Dan sebab itulah tidak lama selepas pilihan raya umum 2013 Pakatan Rakyat runtuh dan ditutup. Ia boleh difahami jika DAP dan PKR yang gilakan kuasa kerana kedua-dua pihak berada dalam permainan ini demi kuasa. Tetapi nampaknya PAS juga seperti DAP dan PKR dan itulah yang membingungkan dan membimbangkan.

Tiba-tiba Islam tidak lagi penting. Islam tidak lagi memacu PAS. Berkhidmat untuk Islam bukanlah lagi motif. Semuanya adalah mengenai kuasa kerana kuasa adalh sesuatu yan disukai dan dengan kuasa yang anda boleh mendapat banyak, salah satunya adalah wang.

Perpecahan Pakatan Rakyat tidak mengejutkan dan telah dijangka. Malah perpecahan PAS juga tidak mengejutkan dan telh dijangka. PAN terpaksa ditubuhkan untuk menempatkan mereka dari PAS yang tidak lagi mahu berbakti kepada Islam tetapi mahu Islam untuk menyelamatkan mereka atau menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa. Apa yang membimbangkan, bagaimanapun, adalah bahawa masih ada beberapa didalam PAS yang hatinya di PAN.

PAS perlu untuk membersihkan parti daripada unsur-unsur seperti itu. Orang yang hatinya di PAN perlu ditendang keluar supaya mereka boleh meninggalkan parti itu dan pergi menyertai PAN. Walaupun pemimpin-pemimpin kanan seperti Mustafa Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man, Takiyuddin Hassan, Mahfuz Omar, Iskandar Abdul Samad, Dr Rosli Yaakop, dan sebagainya, seolah-olah menjadi lebihmesra DAP daripada mesra Islam.

Terdapat ramai dalam PAS yang merasakan bahawa parti itu perlu menyertai Pakatan Harapan. Bukankah Pakatan Harapan sebenarnya diwujudkan kerana mereka mahu untuk menendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat? Jadi bagaimana anda mewajarkan PAS menyertai Pakatan Harapan? Adakah orang-orang PAS ini telah tiada maruah? Dan mereka mengatakan bahawa semua pemimpin PAS yang mesra Umno harus digulingkan.

Jadi siapa yang anda inginkan sebagai pemimpin PAS? Anda mahu pemimpin PAS yang mesra DAP? Anda mahu PAS untuk tidak bekerjasama dengan Umno tetapi untuk menyertai Pakatan Harapan?

PAS atau orang-orang PAS sudah lupa asal-usul mereka dan kini hanya berminat kepada kuasa hanya demi kuasa. Saya pasti jika PAS secara terbuka boleh mengisytiharkan ia meninggalkan undang-undang Islam dan menyokong sistem sekular, Pakatan Harapan bukan sahaja akan mengalu-alukan mereka ke dalam pakatan pembangkang, PAS juga boleh menang sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen dengan undi Cina. Tetapi untuk memenangi 20 kerusi Parlimen, PAS perlu terlebih dahulu mengisytiharkan ia membelakangkan Islam.

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 23 Mac 2017

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/is-pas-coming-or-going/

Facebook Comment