WARGA INDONESIA CEDERA DISERANG BUAYA BATANG LUWAU


SARIKEI: Seorang warga Indonesia cedera akibat diserang seekor buaya di muara Sungai Luwau dekat Kampung Selalang pagi Jumaat.

Mangsa yang bekerja di sebuah kolam ternakan udang harimau diserang ketika hendak menurunkan perahu ke dalam air kira-kira pukul 5 pagi.

Mangsa dikatakan cedera pada bahu, tangan dan belakang pinggang.

Penghulu Kampung Selalang, Amir Hamzah Kopon berkata mangsa yang berusia 40-an yang berada di tebing sungai ketika itu akhirnya dapat melepaskan diri dan dikejarkan ke Hospital Sarikei sebelum dirujuk ke Hospital Sibu.

"Mangsa dikatakan hendak pergi ke Kampung Selalang yang jaraknya sekitar 15 minit dari tempat kejadian untuk membeli barangan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa memberitahu dia pernah diserang buaya sebelum ini.

Pihak polis belum mengesahkan kes tersebut.


Author:

Facebook Comment