[VIDEO] KIT SIANG NAIK ANGIN DENGAN WARTAWAN ISU FOREX





Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membidas wartawan semasa sesi soal jawab pada sidang media yang diadakan di kediaman bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Sorakan kuat dan ketawa kedengaran dari beberapa pemimpin pembangkang dan pengikut apabila Lim mengganggu wartawan yang sedang mengajukan soalan, membuat wartawan lain terkejut.

Wartawan, yang memperkenalkan dirinya sebagai dari TV3, bertanya kepada Kit Siang sama ada beliau akan mengatakan sesuatu yang berbeza sekiranya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak duduk di sisinya.

Beliau bertanya berkaitan Kit Siang meremehkan Bank Negara Malaysia (BNM) yang didakwa rugi dalam pasaran pertukaran asing  (forex) pada awal tahun 1990an, semasa Mahathir menjadi sebagai Perdana Menteri.

"TV3 adalah pembuat berita palsu. Mengapa TV3 terus memainkan fitnah?" Lim bertanya.

Wartawan membalas dengan berkata: "Saya bertanya kepada kanu ..." tetapi telah dipotong oleh Kit Siang.

"Tidak, saya memberitahu anda. Saya kata, saya berpegang dengan setiap apa yang saya katakan. Anda tidak faham itu? Anda tidak memahami bahasa Inggeris yang mudah?

"Segala sesuatu yang saya katakan dan apa yang saya katakan dalam buku-buku saya, saya berpegang dengan itu. Apa lagi yang Anda ingin saya katakan?" kata Lim.

Ketika wartawan cuba untuk mengajukan soalan lain, ia dipotong lagi oleh Kit Sianh yang mengingatkan dia untuk hanya menulis perkara benar.

"Bagaimana anda boleh mengatakan saya (akan) mengatakan (kepada mereka) yang berbeza? Sila TV3. TV3 perlu menyediakan berita yang benar dan jujur.

"Wartawan mesti mempunyai integriti, kejujuran dan hanya melaporkan perkara yang benar," katanya.

Skandal Forex menjadi tajuk utama sekali lagi selepas pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid di mana beliau mendakwa Bank Negara telah mengalami kerugian pertukaran asing sebanyak AS$ 10 bilion pada awal tahun 1990-an.








Author:

Facebook Comment