Residensi Kerinchi: Nurul Izah Muka Tembok Dan Tidak Bertanggungjawab

Tugas Pembangkang Menghasut
https://youtu.be/VV22OMJYrQQ



Ingatkan tentulah 34 orang tu gembira mengikut hasutan Nurul Izah. Rupa-rupanya 'sakit'.

Muka tembok dan tidak bertanggungjawab. 

Hasil termakan fitnah pemfitnah tegar, sekarang siapa yang rugi. 

Dah banyak kali cakap, pembangkang cuma ambil kesempatan mempolitikkan sesuatu, bukan ikhlas nak membantu. 

Merayu Najib tidak sakiti mereka kerana mereka sudah sengsara dan parah akubat mempercayai Nurul Izah. 



---
'Tolong jangan sakiti hati mereka lagi, Najib'

Nurul Izzah Anwar berkata penduduk yang tidak mendapat manfaat dari projek perumahan semula Residensi Kerinchi di ibu negara, tidak memerlukan sindiran Datuk Seri Najib Razak.

Menjawab kenyataan Najib semalam, anggota parlimen Lembah Pantai itu menggesa perdana menteri menghormati hak penduduk dan menmberhentikan kenyataan berbaur “fitnah”.

“Jika Najib hendak politikkan isu perumahan, pembangunan rakyat, jangan sampai menyakiti hati mereka (penduduk) lagi dengan sindiran yang tak perlukan.

Membebaskan media, minda sama sukar sama sunyi. 

“Najib saya sarankan hormatilah hak penduduk, harapan dan maruah orang kawasan Kampung Kerinchi lebih-lebih lagi rakyat Malaysia,” kata Nurul Izzah di lobi Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Semalam Najib membidas Nurul Izzah yang didakwanya cuba menggagalkan pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi pada 2012.

Kata Najib, seramai 34 penduduk setempat yang mendengar “hasutan” Nurul Izzah kini menyesal kerana tidak dapat memiliki kediaman baru bernilai RM500,000 itu, berbanding lebih 400 penduduk lagi.



https://www.malaysiakini.com/news/374018

Author:

Facebook Comment