Kerjasama Dengan Mahathir Menyulitkan DAP




Semakin hari DAP semakin bergolak. Internal squabble nya semakin menjai jadi.

Seperti kata Datuk Salleh Said Keruak ia seperti bom Jangka yang menanti waktu ledakan sahaja.

Sebelum pemimpin diktator DAP membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir pun sudah ada rasa tidak puas hati antara pemimpin tengah DAP terutama mereka yang bertanding untuk jawatan CEC..

Ia seumpama retak menanti belah sahaja.

Maka sebaik sahaja kepimpinan DAP yang tidak pernah membuat keputusan secara rundingan bersama ahli yang lain ,kerana mengamal kan sistam ala ala Korea Utara membuat keputusan untuk berbaik dengan Tun Mahathir, maka terjadi lah apa yang diumpama kan “the straw that broke the camel back”.

Beban masalah yang sudah banyak berkumpul di dalam DAP menunggu masa untuk roboh dan nampak nya Tun Mahathir menjadi penyebab itu.

Kita mungkin dapat meihat hanya 4 individu DAP dari melaka memula kan tindakan keluar parti, namun sebenar nya ramai lagi menunggu masa untuk bertindak sedemikian.

Sebenar nya bukan sahaja DAP, tetapi ramai juga dari Parti Keadilan Rakyat juga hampa dengan tindakan berbaik dengan Tun Mahathir.

Asas penubuhan parti PKR ada lah atas sebab mahu menentang Tun Mahathir, dan apabila Azmin Ali berbaik dengan Tun Mahathir maka gerakan mahu menumbangkan Azmin Ali semakin kuat datang dari mereka yang merasa kan kerja sia sia selama ini menentang Tun Mahathir yang mewakili UMNO.

Dalam masa yang sama didapati kedua puak baik Pribumi dan DAP mengutamakan legasi keluarga masing masing.

Tun Mahathir dengan agenda mahu menjadikan anak nya Perdana Menteri dan Kit Siang mahu selamatkan anak nya jika Pakatan Harapan berkuasa.

Sehingga kini kerjasama atau pun tahaluf Siyasi antara Pribumi dan DAP adalah menguntngkan Tun Mahathir dan bukan nya DAP.

Tun Mahathir yang di lihat tewas dari segala sudut untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib seolah olah mendapat talian hayat apabila mengikat hubungan dengan DAP.

Pada DAP pula , peluang menjatuhkan parti melayu Islam UMNO semakin cerah dengan kemasukan Mahathir kedalam keloompok mereka.

Boleh dikata kan masing masing mahu perguna kan satu sama lain terlebih dahulu untuk mendapat kuasa  dan kemudian baru lah mereka akan buat keputusan untuk tindakan seterus nya, sama ada menyisihkan atau melakar hubungan baru.

Menurut beberapa sumber dalaman DAP, pertelagahan akibat menerima Mahathir sangat kuat di perkatakan, walau pun Kit Siang beralasan hanya mahu “perguna” Mahathir , namun ada antara kepimpinan DAP tidak mempercayai Mahathir kerana sebaik sahaja mendapat apa yang dia kehendaki, Mahathir akan kembali kepada diri nya yang asal.

Mereka berpendapat setakat ini Mahathir hanya berlakon sahaja kerana sedang mengejar matlamat nya. Mahathir , kata mereka akan kembali membuat U-Turn dan kompromi dengan pihak yang dia bermusuh.

Namun di sebalik nya, Kit Siang juga bersikap yang sama , sebaik sahaja UMNO tumbang , DAP atau lebih tepat ,keluarga Lim akan mencari jalan untuk mengenepikan Mahathir.

Betul lah makna nya bahawa kedua pihak ini ada lah “strange bedfellow’ dan juga sesuai hubungan mereka sekadar di anggap sebagai “marriage of convenience”.

Selepas masing masing mendapat apa yang di kehendaki mereka akan cari jalan membunuh satu sama lain.

Ahli ahli DAP yang menentang keluarga Lim tetap menganggap Mahathir ada lah individu yang tidak boleh di percayai , kerana parti dia sendiri selama 22 tahun pun boleh di makan nya, apa lah sangat hubungan kepentingan yang ada dengan DAP.

Atas sebab yang sama juga Mahathir berlakon mahu kan PAS dan pura pura membuat tawaran Satu bulan kepada PAS , untuk menunjuk kan dia telah membuat tawaran kepada PAS, sedang kan jauh di sudut hati nya mahu PAS tidak ada didalam Pakatan Harapan.

Mahathir bersikap begini kerana susah payah nya dengan tipu helah dan tipu daya “eliminate” calon potensi untuk menjadi Perdana Menteri akan gagal jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan.

Setelah berjaya menyisihkan Wan Azizah, Anwar , Muhyiddin ia menjadi sia sia jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan kerana tentu sekali PAS mahukan Presiden mereka Hj Hadi menjadi calon Perdana Menteri.

Apa pun pergolakan dalaman DAP akan terkeluar dari muncul dengan lebih banyak tidak beberapa lama lagi.

Faktor Mahathir hanya lah faktor terakhir di mana faktor faktor lain seperti marah kepada keluarga Lim kerana mengamal kan sistem dinasti dan juga amalan kronisma serta campur tangan dalam pemilihan CEC di mana hanya mereka yang sebulu dengan Kit Siang dan Guan Eng sahaja di pasti kan menang.

Selain itu kemarahan akibat cakap tidak serupa bikin dimana jika pihak lain yang baru sahaja di syaki dan di andaikan rasuah sudah di suruh letak jawatan, sedang kan Guan Eng yang sah akan di hadap kan ke mahkamah masih boleh pegang jawatan dan meluluskan banyak perkara sebelum masuk penjara.

Apa pun dalam kemelut ini apa yang pasti penyokong pembangkang juga dari jenis hipokrit, kebencian kepada rasuah hanya jika pihak lain yang melakukan jika pelaku dari kalangan mereka , lansung mereka tidak kisah.

Akhir sekali apa yang menarik, kemana sahaja Tun Mahathir pergi jelas terlihat “trail of destruction” yang terjadi akibat kehadhiran nya.

Tahaluf Siyasi yang di buat oleh DAP bersama Mahathir nampak nya ada lah satu mala petaka dan bala untuk DAP , bagaimana kah parti DAP bersama Mahathir mahu selamat kan Malaysia jika dalaman DAP akan bertambah bergolak dan Tun Mahathir sendiri terkontang kanting meminta sedekah kerusi dari komponen yang sama juga bercita cita mahu banyak kerusi.

Fikir kan lah,

Author:

Facebook Comment