HARGA PETROL DI MALAYSIA ADALAH BERPATUTAN

Disember 2014 merupakan bulan pertama di mana Malaysia mula mengapungkan secara terurus harga jualan RON95. Harga pada masa itu RM2.26 atau US$0.67 berdasarkan kadar pertukaran semasa. 

Bandingkan pada Februari 2017 di mana kini adalah RM2.30 atau US$0.52. Kemudian kita boleh melihat bahawa kesan mata wang dan juga harga minyak mentah yang rendah membawa kita kembali secara kasar pada harga yang sama dari segi Ringgit.

Walau bagaimanapun, anda boleh melihat bahawa sebahagian besar negara-negara yang harga petrol mereka lebih murah daripada Malaysia pada Disember 2014 telah memotong subsidi dan telah menaikkan harga petrol mereka diantara 30% hingga 50%.

Negara pengeluar minyak utama dan pengeksport terpaksa berbuat demikian apabila harga minyak mentah rendah memberi tekanan pada kewangan mereka.

Akibatnya, Malaysia adalah salah satu dari beberapa negara di mana harga petrol telah menurun dari segi US$ manakala selebihnya telah meningkat - dengan margin yang besar.

Sesetengah negara yang harga petrol mereka lebih murah daripada Malaysia pada tahun 2014 telah mengalami perubahan harga yang lebih besar

Libya terkeluar dari senarai itu sejak 2014 kerana perang. Brunei meminta  negara mereka dikeluarkan daripada senarai kerana pada bulan Mac 2016, petrol Malaysia adalah sebenarnya lebih murah daripada Brunei.

Petrol di Syria adalah US$0.05 per liter pada 2014 tetapi kini ia adalah US$1.04 manakala Sudan US$0.34 tetapi kini US$0.94 seliter. Angola, yang satu tangga lebih murah daripada Malaysia pada tahun 2014 telah menyaksikan lonjakan harga dari US$0.59 ke US$0.95.

Selebihnya mengalami perubahan yang besar dalam harga minyak dan kadar pertukaran matawang dan kesannya ke atas negara mereka, ini membuktikan bahawa harga petrol Malaysia adalah berparutan kepada rakyat - walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Pakatan.






Author:

Facebook Comment