[Video] 'Dulu Pelupa, Sekarang Mungkin Sudah Nyanyuk'

Sila berikan jawapan anda di bawah untuk soalan yang sukar ini.

Tuanku perlu memberi lebih banyak petunjuk.

---

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyindir keras sikap seorang pemimpin,

Tanya menyebut nama, baginda menyindir mungkin “orang luar” ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.

“Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

“Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat.

“Dulu dia kata media barat suka buat cerita, tapi sekarang, cerita media barat dikatanya fakta.

Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda.

Bertitah ketika merasmikan Galeri Darurat bukit kepong di Muar pagi ini, Sultan Ibrahim menasihatkan “orang luar” itu supaya tidak masuk campur hal orang lain.

“Nasihat saya kepada dia, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh siang berterusan.

“Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak. Atau orang kata the best business you can have today is mind you own business,” titah baginda.
----
https://www.malaysiakini.com/news/373466

Author:

Facebook Comment