BUAYA BATANG RIMBAS SESAT DI MASJID DARUL IMAN, DEBAK LAUT


DEBAK: SEEKOR buaya sepanjang tiga meter ditemui di pekarangan Masjid Darul Iman, Debak Laut, Sarawak, malam tadi.

Kewujudan sang bedal itu sekali gus menyebabkan penduduk kampung berasa cemas.

Difahamkan buaya berkenaan dipercayai tersesat ke darat dari Batang Rimbas.

Beberapa keping gambar buaya berkenaan turut tersebar menjadi tular gara-gara ramai netizen tertarik dengan tempat buaya itu ditemui.

Tidak kurang juga, ada yang menjadikan ‘modal’ untuk memberi nasihat dan mengusik rakan-rakan.

“Buaya pun pandai pergi masjid. Anda bagaimana?” tulis Dinaadoyy

“Allahu, sedangkan buaya pun tergerak hati nak pergi masjid,” tulis Aiman

“Buaya pun cari ketenangan kat tempat yang betul, ” usik @faizfathi71 pula.

Pun begitu, tidak diketahui sama ada buaya berkenaan sudah ditangkap ataupun belum.



Author:

Facebook Comment