Warga emas dikhuatiri hilang dalam hutan dijumpai


SAMARAHAN : Warga emas Marup bin Basah, 79 tahun yang dilaporkan hilang ketika masuk ke dalam hutan mencari air 'nira'  pagi kelmarin di Kpg. Beliong dijumpai selamat pagi semalam .

PB Alfian dari kawalan Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan melaporkan mangsa telah berjaya keluar kejalan utama dan telah dijumpai oleh orang awam pada pukul 7.30 pagi tadi.

Mangsa kini sedang berada di rumahnya sendiri dalam keadaan selamat.


Facebook Comment