WARGA EMAS DIKHUATIRI HILANG DALAM HUTAN


SAMARAHAN : Seorang warga emas
Marup Bin Basah 79 Tahun dikhuatiri hilang dalam hutan di Kampung Beliong, Kota Samarahan, Sarawak.

Mangsa dipercayai keluar  dari rumah pagi kelmarin pada pukul 8.00 pagi untuk tujuan mencari serta memungut hasil air ‘Nira’.

Menurut suami kepada cucu mangsa Hamka Bin Othman dalam laporan polis yang dibuat pada malam tadi,  kebiasaannya mangsa akan pulang semula ke rumah pada sebelah petang.

Operasi SAR akan dijalankan pagi ini memandangkan perjalanan ke kawasan Kampung Beliong tersebut perlu guna jalan air serta memakan masa 45 minit dari Pengkalan Feri Samarahan.


Facebook Comment