[VIDEO] MAYAT LELAKI JATUH JAMBATAN ISTHMUS DIJUMPAI


KUCHING  - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari Jambatan Isthmus di Jalan Pelabuhan di sini semalam, ditemukan mati lemas di Sungai Sarawak hari ini.

Mayat, Chow Yeou Wei, 27, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 8.43 pagi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

"Mayat lelaki berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9 pagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.




Author:

Facebook Comment