STOR SUKAN SEKOLAH PRESINT 8 PUTRAJAYA TERBAKAR

PUTRAJAYA – Stor peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), dekat sini, terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Muhamad Hafidz Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.37 petang, tadi.

Menurutnya, sampai di lokasi kejadian dapati stor peralatan sukan di sekolah berkenaan telah terbakar.

“Anggota membuat pemadaman menggunakan dua aliran ‘hose reel’ dan satu aliran daripada jentera.

"Bomba berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak ke kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran menyebabkan 70 peratus terjejas.

Katanya, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.





Facebook Comment