SARAWAK BERSEDIA HADAPI KEMUNGKINAN BANJIR

Penduduk kawasan rendah dan mudah banjir di Sarawak diarah mengambil langkah persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Menteri Kerja Raya Datuk Sri Fadillah Yusof memberitahu penduduk sebaiknya menyiapkan dokumen penting dan meletak barang ditempat tinggi selain mengikut arahan berpindah awal jika diperlukan bagi mengelak kerugian besar.

Tambahnya pergerakan tanah dan kemungkinan berlaku tanah runtuh juga perlu dilaporkan segera kepada Jabatan Kerja Raya untuk tindakan pencegahan.

Beliau di temui media di Kuching turut mahu semua pihak samada agensi kerajaan mahupun orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa dan mengikuti perkembangan menerusi laporan cuaca.

Ini ekoran kemungkinan berlaku banjir yang diramal mungkin berlaku antara Januari hingga Mac ini.


Facebook Comment