RUMAH PANJANG TANIK 15 PINTU MUSNAH TERBAKAR DI KAPIT



KAPIT: Sebuah rumah panjang 15 pintu musnah sama sekali dalam satu kejadian kebakaran di Bukit Mabong dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang membabitkan Rumah Panjang Tanik di Sungai Tunoh.

“Pihak kami menerima maklumat kejadian daripada Balai Polis Kapit sekitar jam 5.15 petang semalam.

“Bagaimanapun disebab jarak Balai Bomba dan Penyelamat Kapit ke lokasi memakan masa tiga setengah jam perjalanan menggunakan laluan sungai, maka pasukan penyelamat membuat keputusan untuk melakukan pemantauan pada esok (hari ini).

Katanya, pihaknya difahamkan bahawa kediaman rumah panjang itu adalah daripada struktur tidak kekal dan ia musnah sepenuhnya.

Proses siasatan forensik punca kebakaran juga akan dilakukan hari ini.

Author:

Facebook Comment