RM56, 425.00 KUTIPAN DANA 'SAVE ST THERESA' S RUN'

KUCHING:Kira-kira RM56,425.00 jumlah kutipan dana berjaya dikumpul hasil daripada program larian amal “Save St Teresa’s Run” yang bermula di perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama, Kuching pagi semalam.

Jumlah ini ternyata berjaya melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu kira-kira RM50,000.00 dan pengumpulan dana ini adalah hasil daripada yuran penyertaan, aktiviti pra-larian seperti jualan gerai promosi serta sumbangan daripada syarikat-syarikat dan individu.

“Semangat perpaduan dan kerjasama masyarakat yang berlainan latar belakang dalam menyumbangkan tenaga dan wang ringgit amat di hargai terutama untuk tujuan yang baik iaitu untuk melihat bangunan sekolah dibina semula”, ujar Datuk Fatimah Abdullah dalam ucapan ringkas beliau ketika hadir di program ini bagi mewakil Isteri Ketua Menteri Sarawak, Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu.

Program ini berjaya mendapat sambutan yang amat baik di kalangan orang ramai dan dianggarkan lebih 3000 peserta membanjiri seawal jam 6.30 pagi bagi memberi sokongan terhadap program ini.

“Save St Teresa’s Run” merupakan usaha kutipan dana bersama antara Old Terrisian Assosiation Dan Revolution Run Borneo serta disokong oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sekolah Menengah St.Teresa telah musnah dalam kebakaran pada 27 Oktober lalu, di mana seluruh tingkat pertama dan sebahagian daripada tingkat bawah sekolah musnah dan tidak selamat untuk sebarang penggunaan aktiviti sekolah.

RM8.2 juta dianggarkan akan diperlukan untuk membina semula bangunan terjejas dalam kebakaran terdiri dari dewan sekolah, bilik guru, perpustakaan, surau, gereja, tandas, dan juga buku teks, komputer dan bilik pakaian. Lantaran itu, Sekolah kini menghadapi kekurangan dalam kemudahan untuk pelajar dan guru.


Facebook Comment