PROJEK JUAL NEGARA KERAJAAN PERSEKUTUAN DI PULAU PINANG - PROTUN DAN DAP TAK NAK HALANG KE?



Dua pengendali pelabuhan dari China telah memeterai usaha sama dengan sebuah syarikat Malaysia untuk membantu memulihkan Pelabuhan Pulau Pinang dalam projek yang bernilai tinggi S$2 bilion (RM6.3 bilion), lapor The Independent Singapura.

Projek berkenaan akan meningkatkan operasi di Pelabuhan Pulau Pinang yang akan dilaksanakan oleh Shenzhen Yantian Port Group Co dan Rizhao Port Group Co bersama-sama dengan rakan kongsi tempatan mereka, KAJ Development. 

Mengembangkan Pelabuhan Pulau Pinang untuk mengendalikan lebih banyak kapal dan menambah kapasiti pembinaan kapal besar juga boleh menjadi 'game changer' utama, terutamanya dengan kedudukan Pulau Pinang di pintu masuk salah satu daripada laluan air yang paling sibuk di dunia.

__________


__________

Walaupun Pelabuhan Pulau Pinang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh menyekat pembesaran tersebut kerana mereka mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana pembangunan didalam negeri yang ditadbir mereka. 

Oleh kerana Pakatan dan sekutu baru mereka Mahathir membenci pelaburan China, DAP dan Mahathir perlu membantah dengan segera dan menghalang pelaburan ini untuk mengelakkan "JUAL NEGARA" walaupun ia akan memberi manfaat kepada ekonomi dan rakyat Pulau Pinang.

Setakat ini mereka telah berdiam diri walaupun berita ini sudah diketahui beberapa hari lalu.

TUNGGU APA LAGI, BANTAH LAH!

Bunch of bullshit people. Penang govt use CCCC to do multi-billion land reclamation, it is okay. Federal govt use CCCC to build ECRL they say it is a World Bank banned corrupt company.

Sekumpulan manusia tak ada akal. Kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan CCCC untuk projek berbilion penambakan laut, ianya dianggap OK. Bila Kerajaan Persekutuan memberi projek kepada CCCC untuk membina ECRL mereka mengatakan syarikat tersebut telah diharamkan oleh Bank Dunia kerana terbabit rasuah.

China-Malaysia melabur untuk pembangunan pelabuhan Melaka mereka kata jual Negara. Apabila mereka mahu melabur di Pelabuhan Pulau Pinang diam pula macai-macai. 

Author:

Facebook Comment