PERTUNJUKAN BUNGA API ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG TIADA LESEN DAN DIKENDALIKAN OLEH OPERATOR TAK BERTAULIAH



Apa punya lawak lah...

Majlis Perbandaran Klang (MPK) di bawah Kerajaan Selangor PKR tidak mempunyai permit untuk pertunjukan bunga api yang mencederakan 14 orang malam kelmarin.
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/pertunjukan-bunga-api-tiada-permit-1.426969

Mereka juga menggunakan pengendali bunga api yang tidak berlesen.

Walaupun merupakan pihak berkuasa yang sah yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang sendiri, lesen dan permit, MPK tidak memohon permit kebenaran polis dan tidak melibatkan seseorang yang berlesen dan sewajarnya untuk tugas tersebut.

Tetapi tetap menjemput orang ramai untuk datang ke pesta dan pertunjukan bunga api yang tidak tidak mendapat permit dan tidak bertauliah.

Akhirnya pertunjukan bunga api gagal dan menembak kearah pengunjung serta mencederakan ramai pengunjung.

Tidak mengambil kira keselamatan orang awam.

Apa punya lawak lah!

Kalau yang berlaku ini melibatkan DBKL, sekurang-kurangnya 3 pemimpin PakaTun (salah seorang daripada mereka akan sama ada Teresa Kok atau Lim Lip Eng) sudah tentu meminta Datuk Bandar DBKL untuk meletak jawatan.

Kenapa senyap? Kalau pasal harga minyak naik 20 sen macam-macam maki hamun. Apabila mereka memperjudikan anda dan anak-anak anda pada risiko jenayah kehilangan nyawa dan kecederaan semua senyap.

Sebab ianya berlaku kepada Majlis Perbandaran Klang, orang BN Selangor rilex saja.





Author:

Facebook Comment