PENGENDALI “SARAWAK UPDATE” DISIASAT KELUAR KENYATAAN KONTROVERSI



MUKAH - Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook 'Sarawak Update' untuk tampil membantu siasatan polis berkenaan status yang dimuat naik baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, seorang individu telah membuat laporan polis di Balai Polis Mukah pada 5.40 petang semalam berhubung status daripada Sarawak Update yang didakwa menghina menteri Sarawak dan mengandungi kata-kata penghinaan terhadap sesuatu kaum.

"Polis Sarawak telah memulakan siasatan berkenaan status daripada Sarawak Update di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Pada masa ini tidak jelas siapa daripada kalangan pengendali Sarawak Update yang memuat naik status itu, tetapi daripada komen oleh pengikut laman sosial itu, jelas bahawa status tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, beliau menggesa agar pihak yang memuat naik status itu tampil memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan.


Author:

Facebook Comment