PENCUCI KERETA MATI TERGANTUNG


TAWAU 2 Jan. - Seorang tukang cuci kereta ditemukan mati tergantung dengan wayar seterika di dalam bilik sewa di Lorong Ibnu Hisham, Tanjung Batu Laut di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.31 pagi.

"Menurut saksi, si mati memang ada menyatakan akan membunuh diri supaya isterinya berpuas hati.
Si mati dan isterinya mempunyai masalah rumah tangga," katanya.

Mangsa yang berusia 35 tahun mempunyai empat orang anak. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Author:

Facebook Comment