MALAYSIA "THE BEST HEALTHCARE IN THE WORLD"


5 Januari 2017, International Living menerusi Indeks Persaraan Global Tahunan 2017 telah menobatkan Malaysia sebagai negara dengan "Best Healthcare in the World" untuk tahun ketiga berturut-turut (sumber: www.internationalliving.com)

Ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa yang mengagumkan yang diterima kerana Malaysia mendahului senarai daripada 24 negara di dunia untuk sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia menurut kenyataan akhbar Menteri Kasihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

Kedudukan ini adalah berdasarkan kepada:
• harga prosedur perubatan
• kemudahan yang disediakan
• hospital yang sangat baik
• doktor yang sangat terlatih
• penjagaan yang berpatutan harganya

24 negara yang berada dalam senarai oleh International Living itu adalah: -
1. Malaysia
2. Mexico
3. Panama
4. Ecuador
5. Costa Rica
6. Columbia
7. Sepanyol
8. Nicaragua
9. Portugal
10. Malta
11. Honduras
12. Thailand
13. Italy
14. Peru
15. Belize
16. Perancis
17. Kemboja
18. Bolivia
19. Filipina
20. Dominican Rep.
21. Ireland
22. Guatemala
23. Uruguay
24. Vietnam

"Pencapaian ini adalah bukti kepada sistem penjagaan kesihatan Malaysia yang maju yang sangat mudah untuk diakses, dengan kadar kompetitif yang berpatutan, dan kualiti yang bertaraf dunia. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan memastikan peraturan yang ketat diwujudkan untuk memastikan taraf kualiti, keselamatan dan etika yang terbaik dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia secara keseluruhannya dan juga memastikan penjagaan kesihatan di Malaysia kekal boleh diakses oleh semua orang yang memerlukannya,"

"Kementerian Kesihatan merendah diri dan mendapat inspirasi daripada pengiktirafan ini dan akan meneruskan komitmen kami dalam menyediakan penjagaan kesihatan dengan kualiti yang terbaik untuk pesakit kami," ujarnya.


Facebook Comment