LELAKI HILANG DITEMUI MATI DI TEBINGAN SUNGAI SRI AMAN - Randau Sarawak

Breaking

Friday, January 20, 2017

LELAKI HILANG DITEMUI MATI DI TEBINGAN SUNGAI SRI AMAN


Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Rabu lepas di kawasan Kejemut, Skrang di Bahagian Sri Aman ditemui telah meninggal dunia pagi ini.

Mayat Aji Anak Inyau ditemui di tebingan sungai di kawasan Tisak dekat Nanga Sungai Skrang.
Mangsa dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah setelah diberitahu pergi ke kebun untuk menoreh getah.

Pada masa sama lewat petang itu, penduduk turut menjumpai perahu yang diguna mangsa untuk ke kebun di tepi sungai bersama barang-barang milik mangsa.

Mangsa berasal dari Rumah Jangin, Kejemut Skrang, Sri Aman dan mayat telah dihantar ke Hospital Sri Aman

No comments:

Post a Comment