LELAKI DITEMUI MATI REPUT DI BDC KUCHING - Randau Sarawak

Breaking

Friday, January 20, 2017

LELAKI DITEMUI MATI REPUT DI BDC KUCHING


Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemui mati dan mereput di dalam rumahnya dekat BDC, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai kematian, Hadwen Dominic Sampar hanya disedari apabila saudaranya pergi ke rumah simati kerana bimbang akan keadaannya.

Pengadu, yang berumur 50 tahun itu terpaksa memecah masuk ke dalam rumah itu apabila tercium bau busuk dan mendapati satu mayat telah mereput di ruang tamu rumahnya.

Buat masa ini polis tidak menjumpai sebarang unsur-unsur jenayah dan pecah masuk di dalam rumah terbabit.

Mayat telah dibawa ke hospital umum Sarawak untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment