KSU KEMENTERIAN, 2 ANAK DIREMAN TUJUH HARI




PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk bersama dua anak lelakinya direman tujuh hari bermula hari ini bagi bantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa untuk menerima rasuah.

tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

KSU berusia 59 tahun itu ditahan di kediamannya di Subang Jaya semalam manakala dua lagi anaknya masing-masing berusia 29 dan 34 tahun yang juga pengurus syarikat ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas selesai memberi keterangan.

Susulan penahanan itu, SPRM merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.

Ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. KSU berkenaan dipercayai terbabit secara langsung dengan aktiviti rasuah terutama dalam pelantikan kontraktor, pembekal dan vendor berkepentingan.

Dua anaknya pula yang berusia dipercayai bersubahat berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit.




Author:

Facebook Comment