JANDA DI UGUT DENGAN PISTOL - Randau Sarawak

Breaking

Friday, January 20, 2017

JANDA DI UGUT DENGAN PISTOL


Aduan seorang janda muda tentang ugutan bermotifkan cemburu bekas suaminya menggunakan sepucuk pistol pada akhir September tahun lalu telah membongkar kegiatan jenayah yang dilakukan lelaki itu bersama dua rakannya selepas mereka ditahan polis minggu lalu.

Ketiga-tiga suspek yang ber­usia antara 29 hingga 45 tahun ditahan di sekitar daerah Besut.
Ekoran penahanan itu, polis bukan sahaja berjaya merampas sepucuk pistol yang dipercayai digunakan untuk mengugut wanita terbabit malah turut menjumpai besi berantai, sabit dan kekunci L yang biasa digunakan untuk jenayah samun dan kekerasan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman berkata, sebelum ini, polis menerima aduan perbuatan suspek utama berusia 29 tahun mengugut untuk menembak bekas isterinya berusia 18 tahun pada 28 September tahun lalu.

No comments:

Post a Comment