Identiti mangsa terjatuh ke dalam sungai diKenalpasti

Identiti mangsa yang dilaporkan hilang di Sungai Sarawak dekat Pending, Kuching telah dikenalpasti.
   
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Mohd Shahrir Abdul Halim, mangsa Chow Yeou Wei, 25 berasal dari Pasir Gudang, Johor.
  
Setakat ini maklumat yang diperolehi hanya mendapati mangsa bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Muara Tebas, Kuching.
   
Usaha mengesannya kini sedang dipergiat meliputi kawasan bawah jambatan Pending.
   
Sekitar pukul 1.30 pagi tadi, Chow dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dari ketinggian 6 meter.
   
Namun laporan kehilangannya hanya dibuat difailkan di balai polis Bintawa sekitar pukul 4 pagi.

Facebook Comment